Home » Articles » Run Run Shaw Penerbit & Pelopor Malay Film Productions, Meninggal Dunia.

Run Run Shaw Penerbit & Pelopor Malay Film Productions, Meninggal Dunia.

by dsadmin on 7th-January-2014
Share Button

shawPenerbit dan pelopor syarikat Malay Film Productions, Run Run Shaw dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 106 tahun oleh Televsion Broadcast Limited(TVB). Menerusi satu kenyataan akhbar, Run Run Shaw menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi hari  Selasa sambil ditemani oleh ahli keluarganya.

Tiada sebarang punca kematian dinyatakan oleh pihak TVB. Mendiang yang merupakan pengasas syarikat telah berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif selama 30 tahun.

Dipercayai lebih 800 filem aksi telah diterbitkan oleh mendiang di persada seni hiburan Hong Kong selain turut sama mengangkat populariti pelakon kung fu tersohor seperti mendiang Bruce Lee.

Mendiang yang berasal dari China bersama abangnya Runme Shaw adalah antara figura penting kepada sejarah penerbitan filem-filem Melayu di Asia Tenggara di samping bersama saingan terhebat mereka iaitu Cathay Organisation yang diterajui oleh puan Loke Yew.

Apabila kedua-dua saudara ini melihat potensi komersial filem Laila Majnun(1933), lantas mereka melabur sekian banyak tenaga teknikal dan barangan penerbitan filem di Studio Jalan Ampas, Singapura.

Shaw Brothers dan Malay Film Productions adalah antara nama syarikat penerbitan yang sinonim dengan beberapa filem terbaik arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Sarjan Hassan.

Share Button
Category Articles, Daily News and tagged , , , , .
Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>