Salah satu daripada 4 badan pemegang kepentingan asal MRM iaitu PRISM Bhd (PRISM) telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30hb November 2018 berdasarkan tindakan sivil yang diambil oleh PPM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) kerana gagal membayar ganti rugi berjumlah RM1.6 juta berhubung dengan pelanggaran hakcipta dan perwakilan palsu oleh PRISM.
“Nawangsih” mengisahkan mengenai sebuah keluarga iaitu Arya bersama isterinya, Kiran serta dua anak perempuan mereka, Srimaya dan Nawangsih yang berpindah ke sebuah rumah lama milik arwah ayah Arya. Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah pada suatu hari, Nawangsih menemui sebuah lampu usang di dalam kotak yang merupakan warisan peninggalan arwah ayah Arya. Sejak itu, Nawangsih mempunyai hubungan luar biasa dengan roh yang menetap di dalam lampu usang tersebut.
“Ide asal show ni adalah untuk mempromosikan lagi rilisan-rilisan tempatan. Banyak wang, masa dan tenaga dicurahkan untuk pembikinan EP dan Album tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan merilis single sahaja. Kita nak kembali menggalakkan pendengar membeli album dan dalam masa yang sama artis/band untuk mengeluarkan album.”