6 Sebab ‘Avengers…Ultron’ Bakal Dilupakan, Walau Se-Epik Manapun
IA taklah seteruk yang kita sangka, malah ia antara yang paling OK so far. Yang anti-klimaksnya Avengers: Age Of Ultron takkan dihargai mahupun diselamatkan oleh keepikannya sendiri. Ya ini Hollywood, “otak campak tepi”, atau biar parking dekat luar. Tapi, tak semestinya.
Dunia Avengers sudah lain, sekarang Avengers berkuasa setelah menewaskan Loki (Tom Hiddleston) dan S.H.I.E.L.D. dibubarkan. Stark Tower bertukar menjadi Avengers HQ, elok saja terpampang huruf ‘A’ di bangunan markas baru Wira-Wira Tergagah Dunia (atau Earth’s Mightiest Heroes).
Iron Man kelihatan bermaharajalela, memegang senjata keramat Loki dan mengarah-arah pasukan Avengers. Kemistri pelik-pelik antara ahli Avengers dan keluarga mereka, dan juga di antara masing-masing mula muncul. Contohnya: Hulk dan Black Widow nampak romantik.
So wayang hampir tiga jam, punyai segala elemen Marvel yang kita dibiasakan – ada panteon dewa dan dewi serta para perwira, perisik dan askar luarbiasa yang direka untuk penghayatan kita; ada antagonis baru yang lebih mengancam; beberapa karakter baru juga, siap dengan cerita asal mereka, turut dipersembahkan; kemudian mestilah ada lawan-lawan, supaya semua superpower dapat dipamerkan; sempat juga elemen cinta tiga segi; semuanya diiringi sebuah skor Alan Silvestri yang sempurna.
Avengers yang kali ini ada sesuatu yang sedikit kompleks berbanding yang sebelum-sebelumnya. Boleh kata tercapai keseimbangan antara lapisan-lapisan cerita serta dinamik antara watak seperti Tony Stark (Robert Downey Jr.), J.A.R.V.I.S. (Paul Bettany), Pepper Potts (Gwyneth Paltrow), Steve Rogers (Chris Evans), Bruce Banner (Mark Ruffalo), Natasha Romanoff (Scarlett Johansson), Clint Barton (Jeremy Renner), Maria Hill (Cobie Smulders), Wanda Maximoff (Elizabeth Olsen) dan kembarnya Pietro (Aaron Taylor-Johnson).
Akan tetapi, ini antara sebab-sebab Avengers…Ultron kebarangkalian besar akan turut dilupakan dengan sekejap sahaja, sama seperti movie superhero yang lain-lain.
1. Ia terlalu deep.
Walaupun kebiasaan orang akan ulang tayang sama ini sekuel, ia tetap akan dilupai. Terlalu banyak percubaan untuk mendapatkan frame yang ikonik sehingga susah untuk pilih yang mana memorable. Ceritanya berlapis dan ayat setiap seorang semakin berlapik, macam tak ada kepastian yang semua yang menyaksikan akan dapat proses.
Mungkin barisan hero dan heroin pun akan terasa semacam terlalu ramai, dengan pengenalan Ultron dan motif barunya, kuncu muda yang menarik seperti Quicksilver dan Scarlet Witch, hero baru yang ultra-kuat: Vision (Paul Bettany), di samping manusia biasa yang diselitkan, seperti Dr. Helen Cho. Ini semua belum kira setiap seorang Avenger diberikan spotlight imbas kembali mereka yang khas. Itu belum Nick Fury (Samuel L. Jackson) masuk.
Lakonan ensembel sekarang memuncak di layar besar, seolah-olah semakin menjadi bila berlatarbelakangkan Marvel. Itu sahaja sudah cukup untuk dihargai dan ia cukup wajar digelar kraf, kraf moden. Cuma takut jadi isu pula nanti antara sesetengah pembayar tiket yang malas ambik port semua itu. Nasib baik lah fight scene, scene kejar, scene letup, berlambak. Dengan action sequence yang semakin seni dan semakin gah sekarang, audiens dah tak perlu fikir, dah tak perlu cerita meletup.
2. Lama sangat wayangnya.
Ini era orang cepat lupa. Orang sekarang dah tak berapa nak peduli. Dan orang dah malas nak fikir. Dengan filem yang lebih seratus lapan puluh minit – sanggupkah, demi menonton blockbuster? Adakah ini membuatkan ia melarat?
Biar mata sendiri yang menilai, lain orang lain cita-cita, citarasa dan ceritanya. Banyak kisah-kisah kecil dan watak sampingan yang produser kena cover, supaya tally nanti kesudahannya. Adakah Dr. Bruce Banner, Hulk, dan Natasha, Black Widow, akan bersama? Apakah hubungan Hawkeye dan Black Widow sebenarnya pula? Thor (Chris Hemsworth) yang kuat tu pun, ada jugak benda yang dia takut.
Banyak inti jalan ceritanya, sampai kita yang melayan pun boleh terlepas pandang.
3. Terlalu banyak aksi? Agaknya.
Asal dialog je sikit mulalah ada yang nak bergaduh. Jadi setiap tujuh minit (dianggarkan) ada saja part lawan. Dengan redhanya terimalah beberapa teaser babak bersemuka paling best yang mungkin korang akan perasan dalam Avengers yang kedua ini. Banyak betul part lawan, ini antaranya. (Joss Whedon pun, agak-agak ler).
a.) Cap cuba lawan Ultron: Tak boleh cerita sangat, spoiler.
b.) Thor cuba lawan Ultron: Lagi tak boleh cerita.
c.) Cap, Iron Man dan Thor bekerjasama: Dah pernah jadi, tapi nampak dah upgrade. Ada kesefahaman sikit (cayalah).
d.) Iron Man steroid versus Hulk: …korang dah tengok sikit dah dekat trailer.
e.) Scarlet Witch lawan semua orang: Gila (best kena tipu).
4. Ultron semakin true dengan komik.
Penonton wayang sekarang tak semestinya pembaca buku atau komik. Avengers terbaru nampaknya semakin ikut dengan perkembangan saga Infinity Gauntlet yang melibatkan dewa jahat Thanos (Josh Brolin) seperti yang dikisahkan dalam komik asal. Maka, pasti ada yang lost. Lalu – adalah masa premiere tu beberapa penonton gedik yang mula nak mengulas. Contoh: ‘Boleh ke?’ (mempersoalkan kebolehan Hulk!)
5. Apa, progresif?
Dengan masyarakat yang semakin masocis, nilai-nilai keperempuanan yang dirasakan melalui watak Scar Jo, Olsen, Hayley Atwell (sebagai kekasih Captain America), Smulders, agak bertentangan. Pengarah/peminat komik klasik Joss Whedon mendedahkan dirinya sebagai penulis yang amat bertimbang rasa dan memahami wanita Barat moden, dan nampak empati dengan gambaran watak-watak heroin yang berat.
Realitinya masih ramai yang mengelak untuk menghargai situasi dan perjuangan wanita terutama dalam filem komersial, mungkin sebab kita dah terbiasa dengan mereka ini hanya sekadar senang dilihat aka cuci mata.
6. Mungkin Avengers…Ultron sengaja menguji kesabaran, ketahanan mental untuk sekuel seterusnya.
Siapa tahu, entah-entah ini keadaan pra-klimaks yang terbaik untuk memastikan bahawa Avengers edisi yang ketiga nanti, tidak mungkin dilupai sesiapa dalam masa yang singkat?
Joss Whedon pun, agak-agak ler.
Leave a Response