Other
Now Reading
Banksy Malaysia: Street Art Bukan Sekadar Contengan Jalanan
Next
Prev
200 0

Banksy Malaysia: Street Art Bukan Sekadar Contengan Jalanan

by The Daily SeniSeptember 23, 2014

Street art atau juga dipanggil “seni jalanan” merupakan penghasilan karya seni visual yang berbentuk lukisan 3D dan graffiti yang dilukis dan dipamerkan di dinding-dinding banggunan di sekitar kawasan awam.

Street art kini menjadi satu gelombang fenomena bagi rakyat Malaysia. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kini giat berkembang di serata negeri. Ianya kian mendapat tempat dan diterima oleh rakyat Malaysia. Jika dulu ianya hanya dianggap sebagai contengan dan aktiviti vandalism, namun kini ia lebih dihargai sebagai satu hasil seni yang mencerminkan keadaan hidup, budaya serta masyarakat kita.

Antara salah seorang pelukis seni jalanan yang telah mencuri perhatian dan dikagumi ramai, Earnest Zacharevic atau lebih dikenali sebagai “ZACHAS” juga telah melakarkan hasil karyanya di beberapa tempat di Malaysia. Pelukis muda ini berasal dari Lithuania, dan berusia 27 tahun memulakan pengembaraan dan kariernya sebagai pelukis seni jalanan selepas tamat pengajiannya. Dia yang lebih mesra dipanggil Zach mengakui mula jatuh cinta dengan Pulau Pinang setelah datang ke sini sejak beberapa tahun yang lalu.

Karya-karyanya juga mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Mula berkarya dan menempah nama di bandar Georgetown, Penang dia kini melebarkan sayap membina langkah untuk berkarya di Kuala Lumpur. Hasil kerjanya sering memaparkan dan menyentuh perihal kehidupan seharian rakyat di bandar-bandar menjadi daya tarikan pelancong dan peminat serta penggemar seni. Dia juga kini digelar “Bansky Malaysia”.

Sebagai seorang pengkarya Zach pernah berkata bahawa “dia tidak mempunyai sebab tertentu untuk melakukan seni yang dia lakukan. Setiap idea diinspirasi dari kehidupan sehariannya. Ianya datang secara semulajadi dari apa yang dia lihat, dengar, dan alami serta apa yang berlaku sekelilingnya”. Apa yang lebih menarik lagi karya-karya Zach sering menggabungkan elemen lukisan muralnya dengan objek fizikal. Setiap objek fizikal yang dipilih saling melengkapi muralnya. Bahan-bahan kitar semula digunakan dalam setiap karyanya, seperti motosikal lama, basikal, troli, dan banyak lagi. Selain itu sasaran karyanya pasti terpamer di dinding-dinding banggunan lama.

Antara karya-karya yang telah dihasilkan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur:

“The Patuh” merupakan salah satu karya Zach yang sangat popular. Lukisan mural ini terletak di Jalan Telawi, Bangsar. Lukisan ini dihasilkan sebagai tanda penghormatan kepada ikon pelukis jalanan yang terkenal di dunia iaitu Shepard Fairy. The patuh merupakan lukisan seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri tegak seperti menurut perintah dan “patuh”. Setelah beberapa tahun ia dilakar, pelukis-pelukis mural lain turut sama melakarkan karya disitu.

 

Selain itu, “The Pasha” juga merupakan salah satu karya Zach yang sering meniti bibir para peminatnya. Karya ini dihasilkan sebagai penghormatan kepada seniman jalanan Pasha (dikenali sebagai “Rusia Banksy”). Karya ini juga boleh didapati di sekitar Bangsar iaitu di Jalan Maarof. Di sebalik karya ini mencoret seorang kanak-kanak yang sedang mengintai dibalik dedaun.

Antara karya terbesar yang pernah Zach lakarkan bertemakan “Kampungku” terletak di Wisma Allianz, Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Ini merupakan projek yang dijalankan oleh pihak Allianz yang menyediakan insuran dan ‘KampungKu’ merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan khusus untuk penduduk luar Bandar. Karya ini mencoretkan gambaran budak kampung yang menaiki sampan dan Zach telah melawat kawasan di Sarawak untuk mendapatkan penghayatan untuk merasai suasana kampung sebelum dia mula mengecat mural yang lebih daripada empat tingkat ini.

Ini pula satu lagi karya Zach yang merupakan lakaran di papan billboard bagi sebuah galeri seni iaitu Art Square yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar.

Selain daripada karya-karya tersebut, pelbagai lagi karya hebatnya boleh didapati di Street Art sekitar bandar Georgetown, Ipoh dan juga di Johor Baharu serta di Singapura.

About The Author
Profile photo of The Daily Seni
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.
Comments

    Leave a Response