Editorial
Now Reading
Hishamuddin Rais: Seni Ubat Masyarakat dan Gejala Sosial
Next
Prev
224 0

Hishamuddin Rais: Seni Ubat Masyarakat dan Gejala Sosial

by Adnan QiyasAugust 5, 2017

Seniman buat apa sebenarnya?

Itu soalan yang terngiang-ngiang sejak 5 Julai lalu. Hari itu aku menghadiri “Seni: Apa? Kenapa? Siapa?”, sebuah kuliah umum anjuran bersama dan Think City, bertempat di RUANG, Jalan Hang Kasturi. Kuliah ini disampaikan oleh Hishamuddin Rais, dan menampilkan bacaan puisi oleh Khalid Salleh dan Rahmat Haron.

Aku faham – seniman buat seni lah, tapi kalau kita langkaui humor sinis itu soalan itu ada keberadaannya. Ia perihal fungsi. Dan peranan. Bukan setakat fungsi dan peranan secara umum – itu sudah tak perlu dibincang mahupun dibahaskan lagi; kita semua seiya biarpun tidak bersetuju – akan tetapi fungsi dan peranan secara khusus, dalam konteks individu dan komuniti. Ia boleh (dan perlu) dilanjutkan kepada niat dan wawasan seni (dan kesenian) seseorang seniman itu.

Apatah lagi keperluan seseorang seniman menyedari persoalan-persoalan berbangkit dari soalan asal itu.

Seniman buat apa sebenarnya?


RUANG by Think City – A space for everyone in the city.

Aku lewat hampir sejam untuk kuliah Hishamuddin Rais itu. Temujanji kerja aku meleret dan aku tak dapat mengelak; aku harus memenuhi tanggungjawab aku semampu boleh. Setibanya aku di RUANG, Khalid Salleh sedang mengambil tempat untuk persembahan puisinya sambil diperkenalkan juruacara yang jelas sekali akrab dengan panel pada hari itu. Aku menyangkakan pesembahan itu menandakan waktu rehat (intermission) sebelum kuliah disambung kemudiannya.

Sangkaan aku meleset.

Setelah Khalid Salleh selesai persembahan, juruacara terus mengumumkan sesi soal jawab. Beberapa hadirin laju mengangkat tangan, tak sabar; barangkali teruja dan ghairah.

Seorang bertanyakan tentang istilah artis-artis membodek yang telah digunakan Hishamuddin, dan siapa yang telah mentakrifkan mereka artis (seniman). Jawapannya tegas. “Do not define your artistry or artist self based on who pays you or where do you commit your craft. Mereka bodek sebab mereka tak cukup talent, (sebab) kalau cukup talent the world is the market; tak perlu bodek.” Apabila dipotong pesoal untuk penjelasan Hishamuddin menambah, “What Malaysia needs right now is art for resistance, to make social change. There are so many problems that have gone unaddressed, issues unresolved. Art can, and must, do something about it. What I meant (in my talk) is that I am proposing an art of resistance. Art that is not meant to be collected, art untuk melahirkan kesedaran dan pencerahan. It is our collective responsibility to commit to the above.”

Aku sedikit kesal. Jawapan Hishamuddin itu telah mencadangkan yang kuliahnya tadi padat dengan isi, dan telah membicarakan sedikit sebanyak perihal seni untuk menangani dan menyelesaikan masalah-masalah sosial, serta bagaimana seni harus melakukannya dengan seni protes.

Aku adalah seorang yang percayakan falsafah seni harus punya fungsi. Walaupun aku kurang pasti dengan keberkesanan seni protes di Malaysia – bukan kerana pengaruh atau tekanan politik akan tetapi kemampuan rakyat untuk digerakkan (mobilized) karya-karya itu – aku yakin dengan kata-kata dan sentimen Hishamuddin.

Fungsi atau tidak, seni itu perlu ada arah dan halatuju; kiblat.


Aku menunggu Hishamuddin menghabiskan bicara dengan salah seorang kenalannya sebelum memperkenalkan diri aku. Biarpun generasi aku adalah generasi ‘Dari Jemapoh Ke Manchestee‘, aku lebih mengenali Hishamuddin Rais dari ruangan ‘Tapai’nya yang diterbikan dalam majalah Off The Edge sekitar pertengahan dekad 2000. Aku nyatakan fakta ini padanya.

“Itu dah lama dah.” Hishamuddin membalas, tersenyum lebar. Kami langsung bersembang panjang, hampir sejam. Aku minta penjelasan Hishamuddin tentang jawapannya kepada satu soalan hadirin – bukankah seniman memilih (sesuatu) pihak akan mengekang seni dan tumbesarannya? Bukankah itu satu percanggahan?

SENI: Apa? Kenapa? Siapa?

“Tidak. Taking sides is not a contradiction; it’s partisanship. Choosing sides doesn’t restrict you from your own art and growth. Artists needs to make up their minds what their art is for.” Tapi bukankah itu tak seimbang; berat sebelah? “I am not here to be balanced. I’m not about giving a balanced view. There must be a reaction, a response. Art is expression; we express our reactions and responses about what’s going own around us, about what affects us. If that requires us to take sides so that something is done, then kita kena. We have to. Ini bukan cerita betul atau salah. Things are happening and we have to do something. We can do something.”

Perlukah seniman berbuat sesuatu? Salahkah kalau mereka berkarya demi seni masing, demi diri sendiri?

“Tak salah. Memang patut pun. Tapi an artist is always an artist of his time. Dia hidup dalam zaman dia. Dan bila zaman dia sakit – the people, the issues – he has to do something.” Mengapa seniman perlu ada kesedaran tanggungjawab itu? Bagaimana pula dengan kerajaan? “Kerana dia seniman; orang seni. They are people who are gifted with the ability to observe and understand what’s going on around them; they are sensitive, gifted with the ability to see what is sick around them, and express it. Treat it. Seniman boleh (dan perlu) memberi suara, dan menyedarkan. Mengubati.”

“The state is the state, artists are artists.” Hishamuddin menyambung. “If you see the problem persisting, then maybe the state is not doing enough, or whatever they are doing is not effective enough. But that is not the question here. The question here is us. We know what’s going on, we know what we can do, we know we can do something. So why do we need to wait for other people? Buat saja!”

Kata-kata Hishamuddin itu menemani aku sepanjang jalan ke stesen LRT Pasar Seni. Dan sambil aku mengambil teduhan dalam Pasar Seni, dikelilingi pelbagai karya seni – banyak yang halus dan cantik hasil pertukangannya – yang dijual demi kelangsungan hidup, aku memulakan satu muhasabah seni baru dengan satu soalan:

Seniman buat apa sebenarnya?

About The Author
Profile photo of Adnan Qiyas
Adnan Qiyas
Comments

    Leave a Response