Para Pembikin Post-Pro: Sertai Program Kemajuan Pinewood Iskandar Bulan Ini
Pinewood Iskandar Malaysia Studios baru-baru ini membuka pendaftaran buat penata-penata post-produksi yang ingin menaiktarafkan pengetahuan, kraf serta skill set masing-masing.
Tiba 25 Mei nanti pemohon-pemohon yang berjaya bakal memulakan kursus intensif selama tiga bulan sehingga hujung bulan Ogos khas dalam disiplin-disiplin post-pro termasuk Compositing & Editing, Sound Editing & Mixing, Archiving & Restoration (Pengarkiban & Pemulihan Semula) dan juga Digital Distribution (Pengedaran Digital).
Dilancarkan di bawah program Perkembangan Bakat Industri Kreatif Iskandar Malaysia, kursus ketiga di dalam siri ini dibuka untuk permohonan di laman rasmi program.
Kata ketua eksekutif Iskandar Regional Development Authority (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim, batch kedua kursus program ini telah diadakan sebagai kolaborasi bersama dengan MET Film School dari UK yang turut meliputi skil-skil pembikinan filem seperti pengurusan produksi, penataan seni, casting, pengurusan lokasi, teknik pengurusan am untuk filem dan beberapa lagi yang berkaitan.
Beliau mengalakkan penata-penata post-pro yang aktif untuk mengambil bahagian kerana tinggal hanya empat kursus sahaja lagi sepanjang 2015 di bawah program kemajuan ini.
Sebanyak 28 kursus dan sepuluh buah Master Class dalam bidang khusus sinema seperti penulisan skrin, senireka produksi, penerbitan global serta kewangan filem yang telah dilaksanakan sepanjang 2013 dan 2014 di studio Pinewood sebesar 80 ekar dan berkelengkapan Dolby Atmos yang terletak di Iskandar, Johor.
Di bawah kursus post-pro ini anda akan dapat mendalami pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh studio Imagica International Asia dari Jepun. Daripada 430 peserta yang setakat ini, seramai 136 graduan telah menemui pekerjaan, dengan 58 orang di sektor tempatan dan 78 orang bekerja untuk projek antarabangsa.
Kata CEO Pinewood, Rezal Rahman: “Graduan dari progam ini bukan hanya akan menampung ekosistem kreatif tempatan dengan penyertaan mereka, mereka akan juga bakal menjadi mentor dan instruktor-instruktor untuk industri mereka satu hari nanti, bila cukup pengalaman dan pengetahuan.”
Menurut sumber Pinewood Iskandar lagi, 32% kadar pekerjaan adalah sebuah rekod untuk sebuah industri freelance. Purata yang mengalakkan ini hanya akan bertambah dengan penambahan minat yang aktif dikalangan pembikin-pembikin yang semakin serius di tahun 2015 dan akan datang. Apa tunggu lagi?
*Untuk pertanyaan lanjut boleh kirimkan emel ke . Lawati juga , serta program kemajuan bakat industri kreatif Iskandar.
Leave a Response