TONTON filem Abang (1981), cuba perhatikan dengan teliti gaya lakonan Dato’ Rahim Razali dengan regunya yang serasi – Ahmad Yatim: dengan gerak lakon dan susun atur pemeran di dalam bingkai seolah seperti di atas pentas, sambut-menyambut dialog yang berjela seperti tidak tahu apa itu jeda dan jenak; maka gaya lakonan sebegitu dapat-lah di-ertikan sebagai gaya lakonan Shakespeare, gamaknya.
TERDAPAT tiga corak pementasan teater kanak-kanak: pertama, cerita untuk kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak; kedua, cerita untuk kanak-kanak yang dimainkan oleh dewasa; dan yang ketiga, cerita untuk dewasa yang dimainkan oleh kanak-kanak.
BERDASARKAN dongeng rakyat perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura; Fakulti Teater Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mementaskan sebuah teater muzikal kanak-kanak berjudul Bit Bit; bersempena Festival SAT ASWARA (Festival Seni Akhir & Awal Tahun).