“Ide asal show ni adalah untuk mempromosikan lagi rilisan-rilisan tempatan. Banyak wang, masa dan tenaga dicurahkan untuk pembikinan EP dan Album tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan merilis single sahaja. Kita nak kembali menggalakkan pendengar membeli album dan dalam masa yang sama artis/band untuk mengeluarkan album.”
Memperkenalkan Ella kepada penggemar muzik seperti memperkenalkan nasi kepada pemakan nasi yang menjadi makanan ruji mereka. Hal ini kerana menyebut nama Ella sahaja, buat penggemar muzik sudah dapat menvisualkan sosok seorang wanita yang mengusung genre rock dengan attitudenya yang tidak ada pada penyanyi lain.
Sebab itu Ella, sejak aktif pada tahun 1985, masih diagung sebagai Ratu Rock Negara. Belum pernah mahu berhenti memberi hiburan buat peminat, penyanyi itu hadir dengan buah tangan baharu.
Sebuah konsert! Dan ia bukan sekadar konsert biasa. Sebagai seorang penyanyi yang telah lebih dua dekad bersemayam dalam industri muzik, konsert bukan sesuatu yang asing buat [...]