Now Reading
ELLA KITALAH BINTANG RAI 200 PARA PEMUZIK
Next
Prev
29 0

ELLA KITALAH BINTANG RAI 200 PARA PEMUZIK

by In house WriterFebruary 25, 2019

 

KUALA LUMPUR– Tinggal 31 hari lagi menjelang ELLA UNPLUGGED LIVE IN KL bakal berkumandang di Panggung Sari, Istana Budaya. Setakat ini sambutan para peminat muzik tanah air begitu memberangsangkan dan tiket-tiket terjual dalam pergerakan yang agak deras.

Bagi meraikan penglibatan pemuzik-pemuzik tanah air dan sama-sama bergerak menuju hari besar iaitu hari konsert tersebut kelak, Projekt Ella Sdn. Bhd. selaku pihak penganjur dengan besar hati meraikan 200 para pemuzik tempatan dalam siri sidang media kedua konsert tersebut.

Memilih The Love @MATIC, Kuala Lumpur sebagai lokasi strategik untuk mengumpulkan seramai 200 pemuzik yang terdiri dari pelajar ASWARA, gagasan muzik KITALAH BINTANG ini dipandu oleh RITZ selaku Pengarah Muzik.

Disamping meraikan kebolehan para pemuzik pelapis tempatan, pihak penganjur juga merasakan ini sebuah lagu impak khas yang perlu diberikan sebelum menjelangnya konsert Ratu Rock negara itu nanti. Selain daripada itu, Ella bakal mencatatkan acara ini sebagai satu rekod di dalam ‘Malaysia book of Record’ di mana beliau telah memecahkan rekod sendiri iaitu jumlah pemuzik paling ramai di dalam sidang media iaitu sebanyak 200 pemuzik berbanding 100 pemuzik sebelum ini.

Khalayak sudah maklum bahawa untuk kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsep konsert akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella.

Tidak sabar rasanya untuk mendengar Pengemis Cinta, Rama – Rama, Standing In The Eyes of The World, Simbiosis atau Sepi Sekuntum Mawar Merah dialunkan dalam bunyian akustik.

“Ella tidak sabar untuk mengadakan konsert ini kerana selain dibikin dalam konsep akustik, ia juga dihadirkan selama tiga malam!

“Ini bukan sekadar platform yang menguji kredibiliti Ella sebagai seorang penghibur, tetapi mahu melihat kesetiaan peminat Ella juga,” ujar penyanyi tersebut penuh teruja.

Turut mendapat kerjasama Motac, konsert yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 29, 30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya bakal mempamerkan tiga buah segmen istimewa buat para peminat.

Segmen PEACE- segmen yang bakal memperdengarkan lagu-lagu balada dengan susunan muzik akustik yang segar dan padat:

Segmen LOVE– segmen lagu-lagu asli yang akan dibaluti dengan kesan khas akustik dan menghalusi
muzik serta vokal Ella untuk genre istimewa ini.
Segmen RINDU– segmen rock n roll! Bangun dari tempat duduk dan bergembira dengan lagu-lagu
yang pastinya sing along.

Memetik kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia MOTAC iaitu Datuk Rashidi Abdullah “Adalah satu yang membanggakan dan unik apabila seorang penyanyi yang terkenal dengan genre rock mengusung sama segmen kebudayaan dalam persembahan selama tiga malamnya.

“Inisiatif yang dibawakan Ella ini memberi bukti bahawa apapun genre muzik, ia tetap boleh bergabung kerana muzik itu universal,” ujarnya.

Pihak Istana Budaya sendiri teruja untuk menjadi lokasi Ella Unplugged in KL kerana ia akan ‘menguji’ tentang naik taraf sistem audio dan penambahbaikkan keseluruhan panggung yang dilakukan sebelum ini.

Pihak ASWARA juga mendapat peluang dari pihak penganjur dengan melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan dan pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.

Pihak JKKN juga akan melibatkan cilik PERMATA dalam salah sebuah segmen kelak.

Berlangsung selama dua jam setengah, konsert ini akan diiringi pemuzik handalan seperti Ritz, Aji, Fly, Ujang, Uda, Ezad, Baby, Paang dan tentu sekali mereka ini dipimpin oleh Roza selaku pengarah muzik dan sekaligus akan menjadikan Konsert Ella Unplugged in KL sesuatu yang akan diingati ramai dan dapat menggegarkan Panggung Sari.

Tiket-tiket masih boleh didapati tetapi dalam kadar terhad.
CAT A (Meet and greet)- RM 519
CAT A- RM 419
CAT B- RM 289
CAT C- RM 209
CAT D- RM 189
CAT E –RM179
Sebarang pembelian tiket boleh ditempah atau dibeli melalui PRO TICKET.

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer
Comments

    Leave a Response