Now Reading
PESONA TIGA MALAM ELLA UNPLUGGED IN KL
Next
Prev
103 0

PESONA TIGA MALAM ELLA UNPLUGGED IN KL

by In house WriterDecember 28, 2018

Memperkenalkan Ella kepada penggemar muzik seperti memperkenalkan nasi kepada pemakan nasi yang menjadi makanan ruji mereka.
Hal ini kerana menyebut nama Ella sahaja, buat penggemar muzik sudah dapat menvisualkan sosok seorang wanita yang mengusung genre rock dengan attitudenya yang tidak ada pada penyanyi lain.


Sebab itu Ella, sejak aktif pada tahun 1985, masih diagung sebagai Ratu Rock Negara. Belum pernah mahu berhenti memberi hiburan buat peminat, penyanyi itu hadir dengan buah tangan baharu.


Sebuah konsert! Dan ia bukan sekadar konsert biasa. Sebagai seorang penyanyi yang telah lebih dua dekad bersemayam dalam industri muzik, konsert bukan sesuatu yang asing buat Ella.


Namun kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsep konsert akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella.


Bayangkan hit Pengemis Cinta, Rama – Rama, Standing In The Eyes of The World, Simbiosis atau Sepi Sekuntum Mawar Merah dialunkan dalam bunyian akustik.


“Ella tidak sabar untuk mengadakan konsert ini kerana selain dibikin dalam konsep akustik, ia juga dihadirkan selama tiga malam!


“Ini bukan sekadar platform yang menguji kredibiliti Ella sebagai seorang penghibur, tetapi mahu melihat kesetiaan peminat Ella juga,” ujar penyanyi tersebut penuh teruja.


Dianjurkan oleh PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC, konsert yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 29, 30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya ini digelar Ella Unplugged In KL.


Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut berbesar hati dengan penganjuran konsert Ella Unplugged In KL kerana ia menampilkan segmen kebudayaan pada setiap malam persembahannya.


“Adalah sesuatu yang membanggakan dan unik apabila seorang penyanyi yang terkenal dengan genre rock mengangkat elemen seni budaya dan warisan negara menerusi segmen kebudayaan. Konsep persembahan sebegini membuktikan genre muzik boleh digabungkan kerana ia bersifat universal,” ujarnya.


Pihak Istana Budaya sendiri teruja untuk menjadi lokasi Ella Unplugged in KL kerana ia akan ‘menguji’ tentang naik taraf sistem audio dan penambahbaikkan keseluruhan panggung yang dilakukan sebelum ini.


Konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama ASWARA yang memberi peluang kepada pihak PROJEK ELLA dengan melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.


Malah pihak JKKN juga turut bekerjasama dengan melibatkan penari cilik PERMATA dalam salah satu segmen persembahan kelak. JKNN turut menyediakan pemuzik alat muzik tradisional sewaktu segmen yang pasti dtunggu-tunggu oleh peminat Ella!


Konsert membasuh rindu ini akan berlangsung selama sejam setengah dengan diiringi tujuh pemuzik handalan yang menjadi instrumen penting dalam Ella Unplugged in KL.


Tiket-tiket early bird sudah mula dijual bermula pada 2 Januari 2019 (Selasa) dengan harga di antara RM159- RM489.


Sebarang pembelian tiket boleh ditempah atau dibeli melalui PROTICKET di www.proticket.com.my

About The Author
Profile photo of In house Writer
In house Writer
Comments

    Leave a Response